Isnin, 22 Ogos 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"



Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.



Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Owh..anak anak mak

Jam 6.30 petang

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Ahad, 19 Jun 2011

Selamat Hari Bapa...

Hari ini ku lihat dimana mana je ada yg mengucapkan selamat hari bapa..terasa amat sayu bila mengenangkan ayahku yg telah kembali kepada Nya. Terkenang kembali saat2 beliau masih ada bersama..masih terasa hangat kasih sayang nya biar pun mungkin kasih sayang itu beliau tidak lahirkan seperti ayah2 orang lain. Namun aku amat menyayangi dan menyanjung akan sikap beliau yg agak tegas denganku sebagai anak lelaki dan tidak seperti beliau dengan adik2 ku yg lain..

Disini ku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari bapa buat arwah ayah yg amat ku rindu biar pun ayah tidak lagi dapat mendengar..ayah...ku sangat sayang dan rindu padamu..semuga dikau bersama org2 yg beriman..Ya Allah..Kau ampuni lah segala dosa ayahku..Kau lapangkan lah ruang semadinya..Kau jauhkan lah dari azab siksaMu Ya Allah..Hanya pada Mu tempat ku meminta dan memohon..

Khamis, 16 Jun 2011


Dari kejauhan ku doakan agar dikau sentiasa berbahgia dengan kehidupanmu. Maafkan daku kerana gagal menunaikan sumpah dan janji kita dahulu...maafkan daku..!

Ahad, 5 Jun 2011

Jangan biar diri ditipu

myMetro : Ahad, 05 Jun 2011

SUDAH beberapa kali saya memberi penerangan mengenai skim cepat kaya melalui Internet dan ia juga difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah, skim itu juga haram menurut panduan pelaburan Islam digariskan Majlis Ulama Fiqh Sedunia dan Majlis Ulama Indonesia.

Namun masih ada yang bertanya, seolah-olah tidak berpuas hati dan inginkan penjelasan lebih lanjut. Sekali lagi saya akan memperkatakan mengenai skim pelaburan Internet. Sebagai kesimpulan mudah untuk semua tulisan saya sebelum ini, skim pelaburan itu diharamkan kerana sebab berikut:


1. Jahalah (ketidaktahuan)

Ia bermaksud skim itu tidak diketahui dengan jelas identiti pengurus dana atau syarikat, di samping tiada lesen untuk membuktikan kewujudan mereka dan tanggungjawab mereka terhadap dana yang terkumpul. Mereka juga tidak dapat dihubungi, ditemui atau dilawati.

Berjual beli dan melabur tanpa mengetahui individu yang mengurus menyebabkan satu daripada syarat sah akad tidak dipenuhi. Ini menyebabkan akad terbatal.


2. Gharar (ketidaktentuan)

Tidak diketahui tempoh kewujudan laman web pelaburan itu, juga tidak diketahui sama ada benar-benar si ‘pelabur’ boleh mendapat wang dijanjikan atau tidak pada tempoh disebutkan iaitu 100 hari. Ini kerana, jika wang dijanjikan tidak muncul, tiada sesiapa boleh dihubungi. Ini menjadikannya gharar. Kesannya, sekali lagi ia membatalkan akad.


3. Riba

Saya menerangkan secara panjang lebar dalam pelbagai artikel sebelum ini. Justeru, bagi pihak yang berdegil lalu cuba mendakwa ‘fixed deposit’ (deposit tetap) sebagai bukan riba, anda perlu tahu pelaburan ini tetap haram kerana sebab lain yang saya sebutkan di sini.


4. Penipuan

Mendakwa menggunakan wang yang terkumpul untuk pelaburan perniagaan minyak dan gas, hartanah, mata wang, komoditi dan lain-lain, sedangkan ia tidak wujud.

Ini kerana, menurut pakar pelaburan sebenar tiada satu syarikat pun yang jika benar melabur dalam industri itu, mampu menjamin pulangan 240 peratus sebagaimana ditawarkan syarikat pelaburan Internet terbabit.

Malah, bank konvensional terbesar dunia yang juga mengamalkan riba dan menggunakan kepakaran seluruh pekerja mahirnya dicampur pula dengan aset mencecah trilion ringgit, masih tidak berani dan tidak mampu memberi janji pulangan 240 peratus dalam produk riba mereka seperti deposit tetap.

Berikut pula maklumat baik untuk dikongsi daripada seorang pakar pelaburan berkenaan ciri penipuan dalam skim cepat kaya Internet. Ia seperti berikut:

Semua ‘skim Ponzi’ akan menggalakkan ‘pelaburnya’ merekrut ‘pelabur’ baru kerana itu cara utama mereka mendapatkan wang baru. (Itu yang kini cuba dilakukan beberapa pihak yang meminta saya melabur di skim ini). Tanpa ‘pelabur’ baru, skim itu akan berkubur dengan cepat.

Pulangan yang dijanjikan adalah 20 peratus (atau lebih) sebulan, yang bermakna 240 peratus setahun. Pelabur bertaraf dunia seperti Warren Buffett dan George Soros pun hanya mampu memberi pulangan riba haram 20 hingga 34 peratus setahun.

Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberi pulangan sebegitu tinggi? Seandainya benar, tentu semua media di dunia, termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan menyeluruh kepada pengurus dana pelaburan Internet.

Namun, mengapa tidak ada? Tidak mungkin media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan sebegitu hebat.

Adakah masuk akal, pelaburan yang baru dibuat dalam tempoh sebulan boleh mendapat pulangan 20 peratus untuk bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk paling menguntungkan sekalipun, memerlukan masa.

Jika benar ‘pengurus’ dana melaburkan wang dalam ‘forex’, ‘hedge funds’ dan sebagainya, pelaburan itu tidak membayar hasilnya selepas satu atau dua bulan. Justeru, jika ‘pengurus’ tidak dapat hasil pulangan, macam mana dia hendak bayar orang lain? Daripada mana datangnya wang itu?

Pengurus dana hanya menyebut ‘forex’, ‘hedge funds’, komoditi dan lain-lain, tetapi tidak menerangkan dengan terperinci pelaburan itu. Sesiapa boleh membuat dakwaan itu kerana ia sekadar ‘cakap mulut’.

Hanya disebabkan pelaburan itu ada di ‘offshore’, tidak bermakna pulangannya akan menggunung. Pelaburan di ‘offshore’ sama saja dengan pelaburan di ‘onshore’ — ‘mutual funds’, ‘unit trusts’, ‘fixed deposit’ dan sebagainya.

Semua pelabur ‘skim Ponzi’ akan berkata “Cuba dulu. Sikit saja. Belum cuba, belum tahu.” Jawapan saya: Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu berbahaya? Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu membawa penyakit? Malah ia juga diharamkan oleh Islam untuk membiarkan diri ditipu.

Alasan lain, anda dikatakan masih mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang yang baru masuk dalam skim itu. Duit itu dikitar semula. Sebagaimana juga duit anda digunakan untuk membayar peserta sebelum anda.

Situasi itu mungkin bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi yang pasti ia akan berkubur apabila tiada ‘pelabur’ baru. Apabila ia berlaku, anda akan kehilangan semua wang anda.

Skim cepat kaya Internet biasanya menjanjikan 20 peratus pulangan dalam sebulan. Ini bersamaan dengan 240 peratus setahun. Justeru, ia memberi gambaran seolah-olah ‘skim pelaburan’ itu lebih hebat daripada seluruh sejarah pulangan terhebat di dunia.

Sebagai perbandingan, lihat catatan pulangan pelaburan yang diiktiraf terhebat di dunia dan bandingkan dengan skim cepat kaya yang masih menjadi kegilaan penduduk negara ini.

Dapat dilihat dengan jelas pengurus kewangan terhebat itu mampu menawarkan pulangan sekitar 14 hingga 34 peratus setahun. Tiba-tiba skim karut, menipu dan haram ini mendakwa memberi pulangan 240 peratus dalam 100 hari dengan perniagaan yang didakwanya. Jelas, ia satu penipuan.


5. Syubhah dan Money Game (permainan wang)

Inilah sebenarnya cara mereka mendapatkan wang daripada pelabur, iaitu setiap peserta yang dapat mencari ahli baru akan diberi komisen. Justeru, akad komisen atas kepala dan bukan atas barang yang dijual ini mengandungi syubhah kepada ‘money game’ yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Sedunia, termasuk Arab Saudi dan Indonesia.

Tidak syak lagi pelaburan itu diharamkan Islam. Segera bertaubat dan jauhinya. Ketika ini, web pelaburan haram itu masih wujud.

Hukum haram tetap haram, seperti kilang arak dan judi yang bersepah di sana
sini, walaupun ia wujud dan masih dibuka, ia tetap haram tanpa ‘khilaf’.

Khamis, 12 Mei 2011

Wanita Lemah?

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut…..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak re la mengakuinya

Telah ditakdirkan …kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di Subuh hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat.
Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud… Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita….
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya

Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua

Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..


kredit @syok.org

Sanggup hilang " DARA " hanya nak membuktikan cinta pada " BF "

*SERIUS SANGAT, SEBELUM ANDA BACA ARTIKEL NI, ISTIGHFAR DULU DAN BERTENANG, SEBAB MEMANG PEDAS DAN PASTI AKAN TERASA SANGAT-SANGAT...TUJUAN SAYA BUKAN NAK HINA KAUM WANITA, TAPI JUST NAK NASIHATKAN, JADI CARA NASIHAT TU PELBAGAI, PERLI ADA, LAWAK ADA, KERAS ADA...APAPUN JIKA ADA SEBARANG KETIDAKPUASHATIAN, SAYA HARAP SANGAT ANDA BOLEH BAGITAHU PADA SAYA...SAPA YANG TERASA SEKALI LAGI SAYA MINTA MAAF...



"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..


Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk 'topup' credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang fofular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?... Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe...
"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P). Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.

Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)

Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."

Disediakan: Abu Muawiyah.


*Dibenarkan untuk menyebarkan artikel ini, tetapi perlu disertai dengan sumbernya, dan anda dilarang sama sekali untuk mengedit mana2 part kerana takut terdapa puak-puak yang ingin 'sabotaj' dan takut terjadinya salah faham. Syukran!.

Creidt To :

MrErr0r @ SilentHackers