Khamis, 30 September 2010

Cara Pikat Hati Isteri

Bawa Isteri Berehat - Ada suami ketika menjadi kekasih, setiap minggu membawa pasangannya ke tempat menarik, malah sanggup berhutang untuk menggembirakan kekasihnya. Tetapi, selepas berkahwin, jarang pula berbuat demikian. Walaupun membawa isteri berehat mungkin remeh-temeh tetapi wanita akan mengingati dan menghargai perkara itu, bukan asyik terperap di rumah walaupun cuti hari minggu.



Beri Pujian Kepada Isteri - Anda masih ingat bagaimana taktik untuk memikat. Tentu sekali anda memuji kekasih anda cantik, malah pantang berjumpa itulah perkataan pertama yang keluar. Tetapi selepas berkahwin, susah pula untuk mengeluarkan perkataan itu, seperti terkunci. Naluri manusia memang suka dipuji, begitu juga isteri anda.



Penuhi Hajat Isteri - Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi tetapi sesekali apa salahnya untuk menghargai mereka selepas apa yang dilakukan untuk mengemas rumah dan menjaga anak-anak.