Rabu, 10 November 2010

Santapan Minda

Kejayaan boleh didefinasikan dengan pelbagai makna. Ada yang berjaya dalam pendidikan, pekerjaan, perniagaan, persaingan politik dan bermacam macam lagi. Tetapi kejayaan yang sebenarnya ialah berjaya menjadi seorang insan. Untuk menjadi seorang insan pula, manusia itu perlulah banyakkan menilai(muhasabah) diri, supaya keangkuhan, kesombongan, keegoan dan apa saja yg setaraf dengannya tidak bertahta dihati...

Kita hidup dalam dua hukum iaitu hukum alam dan hukum takdir. Oleh itu kita perlu perbanyakkan bermuhasabah diri agar tidak mudah dipengaruhi oleh perkara yang berunsurkan keduniaan dan kepentingan peribadi semata. Utamakanlah tolak ansur dan timbang rasa agar jiwa kita lebih tenang. Sebenarnya, apabila semakin banyak kehendak dan keinginan naluri kita, menyebabkan kita semakin tidak pernah merasa puas.

Renungkanlah....ikhlas dari ako