Jumaat, 1 Oktober 2010

Polis terima laporan pertama paderi hina Islam

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan pertama daripada individu yang terkilan dengan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak pada 30 Ogos lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam satu kenyataannya berkata pihaknya telah menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan hasutan dari aspek perlakuan paderi berkenaan.


“PDRM memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan siasatan kerana sebahagian dari pembuktian memerlukan bantuan teknikal dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Cyber Security Malaysia.


“Kerjasama diperolehi dan rujukan kepada Jabatan Peguam Negara akan dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya.


Katanya, pihak polis menyambut baik cadangan Presiden Majlis Peguam Negara, K Ragunath yang mencadangkan agar paderi terbabit disiasat mengikut undang-undang Kanun Keseksaan (KK) sama ada 289 KK atau 289(a) KK.


“Sebaik saja siasatan lengkap, PDRM akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Peguam Negara bagi menentukan apa juga pertuduhan yang ajar dikenakan terhadap suspek dalam kes ini termasuk Seksyen 289 atau 289(a) Kanun Keseksaan.

suntingan dari mymetro 1 okt 2010