Banyak pemimpin PKR yang termenung sebab nak kena re-position apabila Nurul Izzah Anwar umum untuk menyambut “suara ahli” menjadi “suara hati saya” sekaligus mahu bertanding jawatan Naib Presiden parti itu dalam pemilihan November nanti. Kata Nurul Izzah, pencalonan yang diterimanya itu menggambarkan ‘hasrat ahli’ dan hasrat tersebut adalah tanggungjawab yang tidak boleh ditolak. Itu kalau kita baca selapis, tapi umum tahu, itu hanya ‘bahasa politik’ saja. Pasti ada percaturan yang lebih besar daripada hanya ‘hasrat ahli’ yang menyebabkan Ahli Parlimen Lembah Pantai buat U-turn tiba-tiba. Seorang pemimpin PKR memberitahu Agendadaily, dia pening dengan move terbaru Nurul Izzah ini, sebabnya mudah “susah kita nak terang pada rakyat, kalau dia menang orang kata PKR amal nepotisme , kalau dia kalah orang kata PKR tolak ‘Puteri Reformasi.' BACA LANJUT DI http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp
p/s : Memutarbelitkan fakta & mengeksploitasikan situasi utk kepentingan diri memang "pusaka" keluarga....Apa nak dihairankan? Kemana lagi tumpahnya kuah........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan